APA perasaan bila anda order lain tapi dapat benda lain? Baru-baru ini viral di Twitter mengenai gambar lucu seorang lelaki mat saleh yang mendapat tomato dan kicap bila mana dia sebenarnya order sos tomato daripada kedai tersebut.

Pemuda tersebut yang dikenali dengan instahandle @11issey ini menceritakan kisah lucu yang berlaku padanya di sebuah kedai makan di Kuala Terengganu.

Dia memesan cheesy wedges bersama sos tomato (ketchup) daripada pelayan kedai tersebut.

Mungkin tidak berapa memahami permintaan lelaki itu, pelayan kemudian datang dengan membawa chessy wedges bersama sepiring hirisan buah tomato berserta kicap kepada pelanggannya itu.

Jejaka itu yang hairan terus bertanyakan kepada pelayan tersebut, dan pada ketika itu baru dia tahu rupa-rupanya orang Malaysia panggil ketchup sebagai sos tomato atau tomato sauce; tidak seperti di negara Barat yang memanggilnya ketchup.


Walaupun yang sebetulnya memang tomato ketchup tapi mungkin disebabkan orang Malaysia sudah biasa guna sos tomato dan jarang-jarang gunakan ketchup, mungkin sebab itu timbul kekeliruan di situ.

Oh ya, untuk makluman anda jejaka mat saleh ini, Issey Nakajima-Farran merupakan pemain bola sepak profesional dan kini bermain untuk pasukan Terengganu dalam Liga Super Malaysia. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top