Siapa yang tidak kenal dengan individu cerdik pandai yang telah mengubah dunia teknologi dengan ciptaan gajetnya yang hebat.

Namun tahukah anda, mendiang Steve Jobs semasa hayatnya mempunyai beberapa perangai pelik yang jarang dilakukan orang lain.

Siapa sangka, individu paling berjaya di dunia ini memiliki perangai seperti berikut:


1. Suka Basuh Kaki Dalam Lubang Jamban

Semasa era permulaan syarikat Apple, mendiang sering mengalami tekanan dan salah satu cara dia melegakan ketegangan adalah dengan merendam kaki ke dalam mangkuk tandas! Perkara itu agak pelik untuk dilakukan dan tahukah anda, dia juga akan berkaki ayam semasa di pejabat.


2. Bermasalah Memilih Makanan

Jobs dikatakan amat cerewet dalam memilih makanan. Menurut sumber, apabila tukang masaknya menghidangkan segala makanan berkhasiat, dia tidak akan makan dan hanya meminta pai labu tetapi hanya memakan pai tersebut sesudu sahaja.


3. Tidak Mandi Kerana Percaya Badannya Tidak Akan Berbau

Terdahulu, Jobs bekerja sebagai juruteknik di syarikat Atari. Dia dikenali sebagai ”Hippie badan berbau” di kalangan rakan pejabatnya. Dia juga amat yakin yang badannya tidak berbau kerana mengamalkan diet yang sihat. Tahukah anda, Jobs juga tidak akan memakai penyembur ketiak dan pewangi.


4. Digelar Sebagai ’Steve Jahat’

Penulis biografi Steve Jobs, Walter Isaacson telah menyatakan Jobs memiliki sifat kurang baik yang tidak patut dicontohi. Untuk pengetahuan anda, Jobs adalah seorang yang bersifat kebudak-budakan, kasar, suka membalas dendam, suka mengarah dan mengawal, seorang majikan yang tidak peduli dengan perasaan pekerjanya dan gemar mencuri kredit hasil kerja orang lain. Dia juga akan marah sekiranya tidak dapat apa yang diinginkan. Selain itu, dia juga sering kali meletakkan kereta di ruang parkir OKU. - astrogempak

Post a Comment

 
Top