Tak kira lelaki atau wanita, pasti ada sikapnya yang memang jenis kuat berleter, ya tak? Jadi kami ada beberapa pesanan untuk anda yang kuat berleter, ada 5 sebab kenapa anda kena kurnagkan sifat suka berleter. Jom baca kat bawah ni :


1)Tak seksi
Tak elok selalu berleter, terutama kaum wanita,, kadang-kadang sikap yang kita tunjuk tu boleh menjatuhkan imej kita sebagai seorang wanita. Nak ke orang label korang macam “makcik-makcik”?


2) Letih
Tak penat ke asyik membebel je? Berleter juga boleh meningkatkan tahap stress korang. Bila stress otak pun jadi penat, betul tak?


3) Menegangkan hubungan
Perkara biasa sekiranya ada pertelingkahan dalam sesuatu hubungan tapi nak berleter pun biarlah bertempat. Takkan setiap masa korang nak membebel aje kan? Sikap ini bukan membaik pulihkan hubungan, malah lagi memburukkan hubungan anda dan pasangan..


4) Cepat tua dan menambahkan kedutan di muka
Jangan sampai muka nampak tua daripada usia. Haaaaa, kuat berleter salah satu punca tau ! Jadi cuba kurangkan sikap ini dan nikmati keindahan dan saat-saat bahagia anda bersama pasangan..


5) Menjauhkan pasangan anda
Takda siapa yang suka dengan leteran. Kalau berleter itu hobi anda, sebaiknya korang cepat-cepat ubah okay.. Perkara ini akan membuatkan anda jauh dari pasangan dan mereka akan fikir anda seorang yang tidak memahami. Punca rosak sesuatu hubungan juga berkait rapat dengan sikap suka berleter. Jadi, beringat okay! - gegar.thr.fm

Post a Comment

 
Top