JOHOR BAHRU – Tindakan kurang bijak seorang pemandu lori yang membuat Pusingan U di tempat tidak sepatutnya menyebabkan sebuah kereta merempuh bahagian sisi kanan lori berkenaan.

Dalam kejadian jam 9.11 pagi kelmarin di Plaza Tol Perling, mangsa yang memandu kereta jenis Kia Forte Koup dikatakan hanya cedera ringan di beberapa bahagian anggota badan.

Berdasarkan video dashcam yang dirakam pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut, pemandu lori itu terdahulu dilihat memperlahankan kenderaannya di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba membuat pusingan U.


Tidak beberapa lama kemudian, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke plaza tol tersebut tidak sempat berhenti lalu merempuh lori terbabit.

Dalam video itu juga menunjukkan papan tanda pengguna jalan raya dilarang membuat pusingan U.



Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan pemandu lori berkenaan yang terang-terangan melakukan kesalahan dan turut melahirkan simpati kepada mangsa yang tidak bersalah.

“Terkadang tu kita dah betul, ada pula pemandu lori yang sohai macam apa yang jadi pada saudara kita ni. Terang-terang tak boleh U-Turn dia bantai juga U-Turn,”tulis Zulaika Su.

Mohd Syafiq pula berkata: “Yang penting ada bukti…lori tu yang salah…penting nya video cam dalam kereta.”

Sementara Khai Ibrahimovic berkata: “Aduh sayangnye Forte.. Bertabahlah bro.. Harap bukan total lost.. Saye penah kene bantai dari belakang jadi pancake lempeng sekejap. Sebaik Forte saye masih boleh di recover.. Pasni bro pasang kemera dashboard ek untuk kesenangan.”

Sehingga berita ini disiarkan, tiada perkembangsan terbaharu berkenaan mangsa dan pemandu lori berkenaan. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top