DASAR majikan berhati kering! Seorang wanita Kuwait tergamak membiarkan pembantu rumahnya terjatuh dari tingkat tujuh tanpa menghiraukan rayuannya yang minta diselamatkan.

Lebih kejam, detik penuh cemas itu dijadikan peluang untuk wanita tersebut merakam aksi eksklusif amahnya yang sedang sakit bergayut di birai tingkat sebelum terjatuh ke tanah.

Menerusi video itu, majikan wanita itu turut kedengaran ketawa apabila melihat situasi pembantu rumahnya dari Habsyah merayu-rayu meminta tolong sebelum terjatuh atas bumbung.

Merasakan ia amat menarik buat tontonan ramai netizen, dia kemudian bergegas memuat naik video ngeri tersebut menerusi akaun laman sosialnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila pihak polis bertindak menahannya pula.

Difahamkan, pembantu rumah tersebut awalnya ingin membunuh diri, namun menukar fikiran sebelum minta diselamatkan majikan.

Namun, majikan tersebut enggan membantunya sebelum dia terjatuh di atas bumbung.

Akibat insiden itu, pembantu rumah berkenaan mengalami kecederaan parah, termasuk patah tangan.

Punca amah tersebut bertindak membunuh diri tidak diketahui. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top