SEORANG kanak-kanak melalui detik cemas apabila nyaris digilis dua kenderaan SUV (kenderaan utiliti sukan) ketika sedang melintas jalan raya dalam kejadian di Xiachang, Sinchung, China, Isnin lalu.

Memetik laporan Shanghaiist, rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu pada mulanya melintasi jalan raya sambil berlari di mana kesemua kenderaan berhenti bagi mematuhi lampu isyarat.


Kanak-kanak bertuah itu kemudiannya meneruskan langkah ke laluan bersebelahan di mana sebuah kenderaan utiliti sukan SUV secara tidak sengaja terlanggar budak terbabit.

Terbaring dalam keadaan cedera, sebuah lagi SUV kelihatan melalui jalan sama tanpa sedar akan kehadiran kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa yang melihat kejadian bergegas mendapatkan anaknya yang terbaring di jalan raya.

Terselamat daripada maut, kanak-kanak itu disahkan hanya mengalami luka di bahagian dahi. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top