Sebuah kereta jenis perodua Myvi mencetuskan kemarahan orang ramai gara-gara video tular yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan kereta terbabit dipandu secara melulu di laluan kecemasan lebuh raya baru Lembah Klang (NKVE).

Pemandu kereta bertindak menghimpit seorang penunggang motosikal sehingga membuatkannya hampir terjatuh.


Disebabkan berang, penunggang motor menendang cermin sisi kereta berkenaan.

Keadaan menjadi semakin panas apabila pemandu kereta mula bertindak mengejar penunggang motosikal kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Pengguna laman sosial yang menonton rakaman ini mengutuk perbuatan pemandu kereta terbabit dan menggesa polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk segera mengambil tindakan.

Post a Comment

 
Top