JIKA dulu, pernah tular kisah seorang gadis tukang gunting rambut dari Thailand dikenali Nitchamon Jirapatchanon sensasi kerana kecantikannya persis model mendapat perhatian ramai.

Kini muncul seorang lagi gadis cantik dari negara Gajah Putih itu, namun berbeza profesion dan kini hangat diperkatakan netizen menerusi laman sesawang.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Toey ini bekerja sebagai doktor gigi di salah sebuah klinik di Thailand..

Beberapa keping foto Toey dalam uniform doktor dan kasual tersebar melalui laman sosial.




Kecantikan dan kejelitaan Toey telah berjaya memikat hati ramai jejaka negara jiran itu untuk mendapatkan rawatan gigi di klinik tempatnya bekerja.

Kalaulah semua doktor gigi seperti Toey, pasti ramai cancel untuk dental checkupenam bulan sekali tetapi memilih untuk melakukannya setiap bulan atau lebih kerap lagi.

Toey merupakan graduan daripada Universiti Chulalongkorn dan terkenal sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Inilah yang dikatakan sebagai ‘beauty with brain’. Bukan sahaja cantik malah bijak dan seksi. Bertuah jejaka warga Thai punya doktor seperti Toey. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top