Mengaku sahajalah yang anda memang suka menyanyi sewaktu berada dalam bilik air.

Perasan tak suara kita akan kedengaran jauh lebih sedap semasa sedang mandi?

Rasa bebas dari segala tekanan dan perasaan menjadi tenang membuatkan tubuh badan mula mengeluarkan hormon Dopamine.

Disebabkan inilah peredaran darah menjadi lebih lancar dan muncul dorongan dan semangat untuk menyanyikan lagu-lagu kegemaran anda di dalam bilik air.

Bukan hanya sebagai hiburan, sebenarnya menyanyi dalam bilik air mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan ya.


Antara manfaatnya:

Meningkatkan daya ketahanan tubuh

Berdasarkan kajian dalam Journal of Behavioral Medicine, menyanyi boleh menurunkan hormon Cortisol dalam tubuh. Semakin sedikit Cortisol, maka semakin kuatlah daya ketahanan badan anda untuk menghalau penyakit.

Menghilangkan tekanan

Menurut pakar kesihatan, semasa menyanyi kita akan secara automatik belajar untuk mengawal pernafasan. Mirip seperti latihan dalam yoga, aliran oksigen dalam tubuh ketika ini adalah baik dan mampu menjadikan anda lebih tenang dan berasa nyaman.

Meningkatkan daya ingatan

Penelitian dalam Journal of Alzheimer’s Disease mendapati rutin menyanyi dalam bilik air setiap pagi mampu meningkatkan daya ingatan seseorang. Ini kerana seni muzik mampu merangsang aktiviti otak anda.


Wah, tak sangka perkara yang sangat menghiburkan ini sebenarnya memang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Apa lagi, marilah beramai-ramai menyanyi dalam bilik air selepas ini.

Post a Comment

 
Top