Kalau di negara kita pasti anda tahu dengan laman sesawang mudah.com bukan? Pelbagai barangan anda boleh dapati di sana dengan harga yang murah dan berkualiti. Tapi jangan terkejut jika ada juga tahi lembu yang dijual dari India menggunakan laman sesawang yang lebih kurang sama tetapi menggunakan eBay.

Bukan calang-calang juga bahan dari India ini kerana ianya dijemur hingga kering serta dihasilkan oleh golongan wanita di sebuah kampung di pedalaman India. Di sana, tahi kering berkenaan sudah lama digunakan untuk dijadikan bahan bakar dan dijual pada harga £14 untuk 30 keping.

Disebabkan mendapat permintaan yang menggalakkan mereka terpaksa mengupah pekerja lain serta mendapatkan bantuan untuk membalut najis berkenaan.Jadi tunggu apa lagi? Jom kita tengok di laman sesawang yang berkenaan, mana tahu dekat negara kita pun ada bukan. - era

Post a Comment

 
Top