Surah Al-Kauthar ialah surah ke-108 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.

Isi kandungan surah ini perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

Dalam Surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah selepasnya Surah Al-Kafirun perintah tersebut diulang lagi. - crewfathi

Post a Comment

 
Top