Susulan kontroversi tulisan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1, pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf telah diambil tindakan displin dengan ditamatkan kontrak oleh syarikat Hollywood francais Marvel.

Memetik The Jakarta Post, selain berharap semua pihak bertenang dan tegas dirinya akan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya, Ardian turut tampil memberi penjelasan menerusi Facebook peribadi berhubung maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.

"Ia adalah nombor keadilan, Ia adalah nombor cinta."

“Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah."

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau. Status Facebook tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Rata-rata memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.


Post a Comment

 
Top