PASANGAN pengantin baharu, Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang disatukan pada Februari lalu kelihatan bertambah sweet dalam beberapa foto dikongsi sebuah laman portal hiburan tempatan.

Babak-babak romantis itu dirakamkan ketika majlis sambutan hari kelahiran Jep ke-32 yang diadakan di Stratosphere @The Roof di ibu negara semalam.

Difahamkan sambutan hari jadi itu diadakan awal beberapa hari dari tarikh lahir Jep iaitu 9 April.

Di dalam foto-foto itu pelakon genit, Sari Yanti tidak lekang memandang suaminya dan jelas terpancar riak bahagia pada pasangan ini.

Sambutan hari jadi pada tahun ini pasti meninggalkan memori indah buat Jep yang kini berstatus suami.

Pun begitu, menerusi penelitian di laman Instagram kedua-dua selebriti ini, masing-masing belum berkongsi foto sambutan hari jadi yang diadakan.

Khas buat peminat setia Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti, kami kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan sepanjang majlis tersebut berlangsung. – MYNEWSHUB





Foto: dvineplanner & weddingsbybasyir

Post a Comment

 
Top