Kesihatan sesuatu nikmat yang tidak ternilai dari Allah Taala. Tapi ramai yang tidak mengambil berat untuk membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan sentiasa didalam keadaan baik.

Sebenarnya ini 5 pemeriksaan penting yang anda harus lakukan secara rutin.


1. Pemeriksaan Tekanan Darah, Kolestrol dan Gula Darah


Tiga pemeriksaan ini sangat penting untuk dilakukan secara rutin kerana memberi kesan yang besar pada tubuh badan. Serangan jantung dan penyakit pembuluh darah adalah dua jenis penyakit yang boleh dihindari dengan pemantauan tekanan darah, kolestrol dan kadar gula darah. Malah, ia juga boleh mengelakkan dari terkena stroke secara mendadak. Sewajarnya pemeriksaan ini dilakukan setiap setahun sekali melalui ujian darah.


2. Pemeriksaan Gigi


Gigi juga adalah bahagian sangat penting pada tubuh untuk dijaga rapi. Pemeriksaan gigi untuk membersihkan karang gigi, dan memeriksa samaada terdapat lubang atau kelainan pada gigi. Biasanya doktor menyarankan untuk melakukan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali.


3. Pemeriksaan USG Payudara & Mamografi


Pemeriksaan Payudara juga menjadi perkara penting untuk dititik beratkan terutamanya bagi wanita kerana ini kanser payudara menjadi pembunuh terbesar wanita. Pemeriksaan sendiri payudara disarankan dilakukan setiap bulan pada hari ke-5 hingga ke-7 selepas waktu subur kerana waktu ini payudara tidak lagi mengeras. Manakala, pemerisaan USG payudara dan Mamografi perlu dilakukan di hospital apabila anda menemukan benjolan, atau sesuatu yang tidak normal pada payudara anda.


4. Pemeriksaan Pap Smear


Wanita yang aktif seksual sangat perlu melakukan pemeriksaan pap smear secara teratur. Pemeriksaan ini dilakukan dengan cara memeriksa sel-sel rahim untuk mengesan adanya infeksi atau sel-sel yang tidak normal yang boleh mendorong kepada penyakit kanser. Ia wajar lakukan setiap setahun sekali.


5. Pemeriksaan Tulang


Berbanding lelaki, wanita lebih mudah terdorong mengalami reput tulang atau Osteoporosis. Pemeriksaan ini sangat penting terutamanya bagi wanita yang berusia 35 tahun keatas dimana kepadatan tulang mengalami penurunan secara mendadak. Untuk mengenalpasti sebarang penyakit berkaitan, pemeriksaan ini wajar dilakukan setiap 3 tahun sekali. - ohmedia

Post a Comment

 
Top