Bau ketiak yang kuat akan merimaskan kawan-kawan sekeliling kita. Bau ini juga akan menjadikan kita berasa malu apabila berada di khalayak ramai. Cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.


BEDAK SEJUK DAN DAUN PANDAN.

Tumbuk beberapa helai daun pandan sehingga hancur dan lumat dan perahkan airnya. Gunakan air tersebut sebagai pembancuh kepada bedak sejuk. Bila sudah sebati sapukan pada ketiak anda. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insya-allah anda akan melihat hasilnya seminggu kemudian.


KAPUR SIRIH.

Ambil sedikit kapur sirih dan di bancuh dengan air perahan limau nipis. Sapukan ramuan ini ke seluruh ketiak anda. Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur atau selepas mandi malam. Ulanglah sekerap yang anda mampu untuk melihat keberkesanannya. Insya-allah... - petuo

Post a Comment

 
Top