PENCURI adalah orang perseorangan atau satu kumpulan yang dibentuk dengan tujuan untuk mencuri, merompak dan melakukan kejahatan. Semestinya sekiranya tertangkap, mereka ini sepatutnya dihukum dengan hukuman yang sewajarnya.

Namun, bagaimana pula jika pencuri berkenaan mengucapkan ‘terima kasih’ setelah puas mencuri dan merompak barangan kepunyaan anda?

Inilah yang berlaku di sebuah restoran makanan segera, Colne Football Club, Lancashire, England.

Pintu masuk restoran Colne Football Club.

Restoran makanan segera kelab bola sepak itu dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri yang telah memasak dan menyediakan burger untuk menjadi bahan santapan mereka.

Selain itu, mereka juga telah mencuri 10 botol air minuman setelah puas ‘mengerjakan’ air kopi dan minuman coklat panas di restoran berkenaan.

Ucapan terima kasih yang diucapkan oleh pencuri tersebut.

Nota terima kasih yang berbunyi “Thank you burgor was great” ini telah ditinggalkan mereka dan hanya disedari oleh pekerja suka rela kelab berkenaan pada pagi selepas rompakan berlaku.

Restoran ini telah dipecah masuk sebanyak tiga kali sepanjang setahun lalu.

Bendahari kelab bola sepak tersebut, Janette Harries, berkata, “Restoran ini tidak ubah seperti sampah, mereka sesuka hati telah mencuri dan menyepahkan bahagian dapur restoran ini. Mereka ini sangat tidak berhati perut.”

Laporan mengenai insiden rompakan dan kecurian ini sedang disiasat oleh pihak polis di sana. Setakat tahun lalu, restoran berkenaan telah dipecah masuk sebanyak tiga kali dan nilai kerugian yang dialami dianggarkan bernilai £1000 (RM6,385,32).


Lawat: Hanya 3 Langkah Mudah Dan Anda Berpeluang Memenangi Baucar LAZADA Dengan Peraduan Bento Box Milo Ini 

Post a Comment

 
Top