Setiap negara mempunyai berlainan hukuman untuk kes bunuh, pengedaran dadah dan lain-lain kes jenayah berat. Di Malaysia contohnya, hukuman untuk kesalahan jenayah berat adalah gantung pesalah sampai mati.

Berbeza dengan Indonesia dan Thailand, hukuman tembak akan dikenakan kepada pesalah kes-kes berat.




Memetik dari perkongsian Dairishare, tidak seperti hukuman tembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja.





Pesalah diikat pada kayu  dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir.





Memang seram melihat hukuman tembak dijalankan, bayangkan jika anda berada ditempat pesalah yang akan ditembak. Semoga perkongsian baik ini memupuk keinsafan dan sentiasa menjauhkan diri kita dari terlibat dengan jenayah. - ommdotmy

Post a Comment

 
Top