Bukan senang kita nak buat orang suka kat kita kan? Tapi kalau kita pandai tambat hati dia dengan benda yang dia suka mesti menjadi!

Macam seorang pelajar lelaki yang mengambil jurusan seni di timur China ada cara tersendiri untuk memikat gadis istimewanya. Wang Yangming, mengukir gincu mahal dengan ukiran kucing untuk dihadiahkan pada gadis yang diminatinya. Bukan calang-calang gincu, kerana Wang menggunakan jenama Dior, Bobbi Brown dan Burberry untuk membuat ukiran tersebut.

“Orang kata, anda perlu menghadiahkan gincu untuk menambat hari wanita.

“Tetapi saya memilih mengukir imej kucing kerana kaum wanita sukakannya,” katanya yang mengakui ianya cabaran besar untuk mengukir pada gincu.

Wang mengambil masa 10 jam untuk ukir gincu pertamanya. - era





Post a Comment

 
Top