Antara lukisan Nikita Golubev.

MOSCOW - RUSIA.
Seorang artis dari Rusia, Nikita Golubev menukarkan kenderaan kotor berdebu kepada satu hasil seni yang menarik.

Mengunakan nama "ProBoyNick" lelaki itu menghasilkan pelbagai lakaran pada lori berdebu di Moscow sejak dua minggu lalu dan berkongsinya di dalam talian.

Lakaran pertamanya yang menggunakan jari dan berus itu memaparkan gambar wajah lelaki sedang merokok pada sebuah van kotor mendapat perhatian.

"Saya sedang mencuba teknik yang baru," tulisnya dalam laman Instagram.


Memetik BBC Newsbeat, Nikita turut melukis beberapa lukisan lain seperti sotong, jerung, gorila, burung hantu dan peluncur.

Sebelum ini, lelaki ini hanya menumpukan lukisan tradisional menggunakan warna air.

Karyanya kini meraih perhatian antarabangsa dan pengikut Instagramnya turut bertambah lebih 10,000 orang. - sinarharian


Lawat: Ini Adalah Masa Untuk Menunjukkan Kreativiti Anda. Sertailah Peraduan Bento Box MILO Sekarang! 

Post a Comment

 
Top