Kanak-kanak perempuan menangis selepas ditampar oleh bapanya.

DAQING - CHINA .
Seorang lelaki dari wilayah Heilongjiang ditahan selepas merakam video menampar anak perempuannya berusia lima tahun berulang kali, lapor media China.

Video itu kemudian dimuatnaik dalam talian menyebabkan bantahan netizen dan menggesa siasatan oleh pihak polis.

Dalam video berkenana, kanak-kanak itu kedengaran menangis kerana ditampar berulang kali di muka oleh bapanya.

Bapanya, Jiang ditahan dan kemudian mengaku berbuat demikian kerana mahu menunjukkan video berkenaan kepada bekas isterinya dan merayu wanita itu kembali kepadanya.

Dia ditahan selama 15 hari dan kanak-kanak itu dijaga oleh bekas isteri, menurut China Global Televisyen Network. - sinarharian

Post a Comment

 
Top