Anes Baswedan menang Pilihan Raya Gabenor Jakarta. 

KEGAGALAN
Basuki Tjahaja Purnama ataupun lebih dikenali sebagai Ahok mempertahankan jawatannya sebagai Gabenor Jakarta menunjukkan ada tanda-tanda kebangkitan Islam di Indonesia.

Bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan memperoleh 58 peratus pungutan undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung Rabu lalu, berbanding Ahok yang menerima 42 peratus.

Keputusan tidak rasmi tersebut diumumkan berdasarkan pengiraan awal pusat pemantau pengundian swasta, Indikator Politik melalui 100 peratus undi yang dikira.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily menulis, dengan kemenangan Anies, ia sedikit sebanyak akan memberikan cabaran yang lebih besar kepada Presiden Joko Widodo dalam pentadbiran kerajaan.

Menurut akhbar tersebut, pemilihan Gabenor Jakarta itu boleh dianggap sebagai pra pemilihan presiden pada 2019.

Kekalahan Ahok bermakna rancangan presiden Indonesia itu dalam usaha mempertahankan jawatannya makin tergugat.

Selain isu agama, Jakarta turut diselubungi sentimen anti Cina ketika menjelang pemilihan gabenor berkenaan.

Menurut Orintel Daily, ia berpunca daripada satu laman sosial yang kononnya mendakwa terdapat 10 juta rakyat China akan memasuki Indonesia dan kemungkinan menjejaskan rezeki rakyat tempatan.

Kira-kira 7.2 juta warga kota ini, memilih calon masing-masing dalam pilihan raya berkenaan yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai pilihan raya ‘paling kotor, memecahbelahkan dan berpuak-puak’. - sinarharian

Post a Comment

 
Top