Jari Kelengkeng Tersepit Pada Tombol Pintu



Kota Tinggi: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar mengambil masa 30 minit mengeluarkan jari kelengkeng seorang lelaki berusia 30 tahun yang tersepit pada tombol pintu, petang semalam.

Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata difahamkan lelaki itu dari Taman Bayu Damai, Punggai, Pengerang datang ke balai bomba kerana gagal mengeluarkan jari kelengkeng kiri dari tombol pintu itu.

Katanya lelaki itu meminta bantuan anggota bomba mengambil masa setengah jam berikutan kesukaran untuk mengeluarkan jari tanpa memecahkan tombol pintu.

"Kita berjaya mengeluarkan jari kelengkeng lelaki menggunakan alatan khas.

"Difahamkan jari lelaki itu tersekat ketika dia cuba membaiki tombol pintu itu," katanya. - hmetro

0 Response to "Jari Kelengkeng Tersepit Pada Tombol Pintu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2