SELALUNYA ibu bapa akan menggunakan kaedah meninggikan suara dan memukul anak untuk memberi pengajaran, namun anak masih juga berdegil.

Tetapi ada juga ibu bapa zaman sekarang ini lebih menggunakan kaedah psikologi untuk mendidik anak-anak mereka.

Seorang blogger, Farah Lee berkongsi cara dia memberi pengajaran kepada anaknya setiap kali melakukan kesalahan.


Menurutnya, dia akan menyuruh anaknya yang dikenali sebagai Maream untuk berdiri dengan tangan diangkat ke atas selama satu hingga dua minit bergantung kepada tahap ‘kenakalan’ anaknya itu.

Katanya, kaedah tersebut digunakan setiap kali anaknya itu pukul, campak atau meninggikan suara kepadanya atau bergaduh di hadapan tetamu.

Menerusi perkongsian video tersebut, Farah yang membahasakan dirinya sebagai omma (ibu) turut berbahasa Melayu, Korea dan Inggeris kepada anaknya.

Berikut adalah perbualan antara dia bersama anaknya:

O: Omma cakap tangan letak elok2.. Tangan letak elok2..
O: Kena dengar cakap omma kan.? Maream bad girl ke good girl.?
M: Maream good girl..
O: Ya, good girl. So good girl dia dengar cakap omma elok2. Next time tak boleh buat macam tu ok.? Tak boleh throw things ok.? Kena dengar cakap omma elok2. Faham.? Omma tanya ni, faham tak Maream.?
M: Faham..
O: Jom janji.
O&M: Janjiii.

Video tersebut menjadi tular di media sosial di tonton 239 ribu kali dan dikongsi sebanyak 2,532.

Mungkin ibu bapa di luar sana boleh menggunakan kaedah ini untuk ‘menghukum’ anak-anak selain daripada memukul kerana bimbang boleh membawa kepada penderaan fizikal pula. - MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top