Lelaki akan panjang umur jika berkahwin dengan wanita muda. Perasaan bangga dan gembira pasti terbit dalam diri lelaki apabila dapat mengahwini wanita cantik, pintar dan muda.

Berdasarkan kajian di Denmark, didapati lelaki yang berkahwin dengan wanita yang usianya lebih muda akan hidup lebih lama. Keadaan ini berlaku sebaliknya, jika lelaki berkahwin dengan wanita yang umurnya jauh lebih tua daripadanya.

Risiko kematian dalam usia yang muda dapat berkurangan sehingga 5% jika lelaki itu berkahwin dengan wanita yang jarak usianya lebih muda 15 hingga 17 tahun daripadanya. Lelaki yang berkahwin dengan wanita lebih muda jarak usia antara 7 hingga 9 tahun daripadanya, risiko kematian mereka dapat dikurangkan sehingga 11%.


Usia wanita dengan jangka hayat suaminya saling berkait. Kerana wanita yang lebih muda daripada suaminya mampu merawat dan menjaga suaminya lebih baik. Perhatian dan jagaan yang baik dan sempurna daripada isteri menyebabkan lelaki berupaya hidup lebih lama. - kamithemedia

Pstt: Ini hanyalah kajian semata-mata..Sesungguhnya ajal maut itu ditentukan Allah S.W.T.

Post a Comment

 
Top