PERKHIDMATAN perkongsian kereta, Grab dan Uber, kini menjadi satu trend baharu anak muda untuk mencari wang tambahan dalam menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

Sudah tentunya pelbagai pengalaman yang dialami apabila berdepan dengan penumpang yang tidak dikenali.


Seorang pemandu Uber baru-baru ini menjadi tular apabila berkongsi pengalamannya yang melucukan apabila penumpang yang menggunakan perkhidmatan perkongsian keretanya adalah suaminya sendiri.

Menerusi perkongsiannya menggunakan nama Cik Petir di Twitter, dia memuat naik gambar suaminya yang duduk di tempat duduk belakang.

“Dapat request Uber kat area rumah aku. Tunggu punya tunggu sekali suami sendiri sebokla nak ikut aku mana aku nak pegi!!! KAU BAYAR EH,” tulisnya.

Namun, lebih mencuitkan hati netizen adalah ekspresi wajah Cik Petir dan suaminya, sehingga netizen menjadikannya sebagai meme.

Gaya bahasa Cik Petir yang bersahaja ‘menempelak’ suaminya juga berjaya menggeletek hati pengguna laman sosial.

Perkongsian tersebut menjadi tular menerusi laman sosial yang menerima lebih 27,000 ulang kicau (retweet) setakat ini.


Dia turut memuat naik status mengenai penerimaan rakyat negara ini terhadap postingnya semalam.

“Saya tak sangka Malaysian mudah terhibur dengan muka suami saya. Hahahaha,” tulisnya. – MYNEWSHUB



Lawat: So Little Time So Much To Do? AirAsia Kaohsiung Video Will Show You How You Can Do Just That Over The Weekends! 

Post a Comment

 
Top