Duduk bawah shower memang seronok! Tambah-tambah bila cuaca sejuk mandi pula air panas, fuh nikmatnya lah.Tapi yang tak kita sedar adalah ada kesilapan yang kita buat semasa mandi yang sebenarnya merosakkan kulit kita tau. Apa dia? 

#1. Air shower terlalu panas

Air panas menjadikan kulit kering dan tidak stabil. Ia meningkatkan aliran darah, yang sering membawa kepada erythema, radang, dan ruam.


#2. Mandi terlalu lama

Masa yang sesuai dan yang paling lama hanyalah 10 minit je.


#3. Kerap sangat dan terlalu banyak pakai syampu dan sabun badan

Sebenarnya kebanyakkan shower foam yang banyak buih tu buat kulit kita kering. Kalau perasan selepas mandi mesti rasa kulit sedikit tegang.


#4. Guna span badan yang dah lama atau masih basah/lembab

Tahu kan bila lembab bakteria suka sangat duduk?Try tukar sebulan sekali atau keringkan selepas digunakan.


#5. Keringkan badan terlalu kasar

Selepas mandi, keringkan badan menggunakan tuala yang lembut. Jangan keringkan sampai habis, biarkan ia lembab sedikit dan sapukan lotion atau body cream.


Kredit: pisangpanas

Post a Comment

 
Top