Nak tengok movie pun tak senang tau.

Siapa aja tak suka tengok wayang? Selalunya, lepas habis office hour, dah penat bekerja mesti korang nak relaks tengok wayang kan.


Tapi tak bestnya bila jumpa orang macam ni dalam panggung wayang, oh why?


1. Bawak makanan macam nak picnic dalam wayang


Kalau tengok wayang mesti lah nak ada popcorn dengan Coke, baru lah feel katanya. Tapi, bila dah selesa nak tengok movie tiba-tiba datang bau sambal lah, bau sos hotdog lah. Hm memang tak selesa, kalau ya pun lapar makan lah sebelum masuk wayang. Baunya tak tahan!


2. Gelak tak boleh cover


Kalau ya pun cerita tu memang kelakar, beragak lah bila gelak tu. Jangan lah sampai sekuat alam, orang lain pun nak enjoy cerita tu. Ingat lah orang lain, jangan buat panggung tu macam korang punya sorang.


3. On the phone


Tak faham betul dengan manusia yang sibuk nak guna telefon masa tengok wayang. Kalau tak jawab call, mesti sibuk asyik nak reply Whatsapp. Memang lah dah silent telefon tapi masalahnya lampu dekat telefon tu yang mengganggu. Time tengok cerita lah nak buat itu ini, ada je lah hal yang tak boleh tunggu sampai movie habis kan.


4. Feeling lebih


Siapa pernah alami perkara ni, tengah layan movie 3D tiba-tiba rasa kepala kena usik. Memang nampak real macam betul-betul je depan mata, tapi kalau ya pun jangan lah sampai kepala orang depan pun habis jadi mangsa. Sabar je lah ye.


5. Orang tengok wayang, dia pun nak "buat wayang"


Kalau korang tengok wayang, cuba pusing tengok seat belakang. Selalunya pasangan yang suka buat wayang ni duduk area belakang-belakang sebab senang nak sorok. Tapi tak ada lah sorok sangat kan kalau orang yang duduk depan pun boleh dengar adegan "wayang" korang dekat belakang tu.


6. Makan berbunyi


Selalunya orang macam ni memang selalu kena jeling dengan ramai orang. Dah lah bawak makanan banyak macam nak berkelah dalam panggung, makan pulak berbunyi. Dah plastik makanan berbunyi, kunyah pun berbunyi lepas tu boleh pulak sendawa lagi. Memang tak ada adab betul.


7. Penakut


Sebenarnya bila tengok memang kelakar, yelah takut sangat sampai tercampak semua barang. Tapi, bila tercampak dekat orang lain tu yang jadi tak best kan. Hm untuk scaredy cat tu, kalau takut tengok cerita hantu cakap awal-awal dekat kawan. Tak senang orang lain nak enjoy tengok muka hantu bila korang jerit-jerit macam kena histeria.


8. Kerusi urut free


Tipu lah kalau korang cakap tak pernah dapat kerusi urut secara percuma dalam wayang. Mula-mula perlahan je rasa makin lama makin menjadi pulak rasa. Bila dah tegur, buat muka pulak. Kalau berhenti pun, sekejap je lepastu sambung lagi. Tak payah masuk panggung 4D atau IMAX, panggung biasa pun dah boleh rasa effect khas.


9. Kaki tidur


Pernah tak kawan korang teruja bila ajak tengok wayang, tapi bila dah sampai separuh cerita, tengok dia boleh tidur pulak! Kalau tidur senyap-senyap tak apa jugak, ni berdengkur sampai satu panggung boleh dengar. Malunya, mana nak sorok muka.


10. Tukang karut


Rasanya semua orang pernah alami perkara ni kan. Situasi yang paling annoying sampai boleh pekak telinga dengar dia sorang je yang bercakap. Heboh satu panggung nak cerita apa jadi lepas ni, kalau dah tengok cerita tu senyap-senyap je lah. Jangan nak spoil mood orang lain. - says

Post a Comment

 
Top