Hina sangatkah orang pergi kerja naik motor hari-hari? Mesti ada sebab musabab yang logik dan rasional. Kau apa tau?


Jom layan 10 sebab orang tak kisah naik motor pergi kerja.


1. Nak berjimat cermat punya pasal. Faham-faham sendirilah, kan. Kos hidup mak aii tinggi. Guna motor pergi kerja boleh jimat petrol, tol, dan tempat letak kenderaan. Memang banyak jimat.

2. Ada kereta di rumah, tapi sengaja bawa motor sebab malas nak menghadap jalan sesak pagi petang. Naik kereta ambil masa 90 minit. Naik motor tak sampai setengah jam.

3. Ada kereta, tetapi isteri bawa pergi tempat kerja dia pula. Kitakan lelaki, kenalah mengalah. Takkan nak suruh bini kita yang bawa motor, kan. Kesian.

4. Sengaja tak beli kereta lagi, sebab tak nak ada komitmen kereta awal-awal sangat. Gaji dahlah kecil. Nanti susah pula nak beli rumah. Bagi kita, rumah itu lebih penting.

5. Sengaja tak beli kereta. Nak kena guna banyak duit, tanggung keluarga di kampung. Asal orang susah dan sederhana. Anak sulung pula tu. Adik-adik masih bersekolah.

6. Memang ada jiwa rider sejak azali. Setakat hujan, panas tu memang bukan masalah. Hujan? Baju hujan kan ada. Tak pun, kalau hujan, boleh lepak dengan geng rider lain bawah jambatan.

7. Bakal isteri dah ada kereta. Tahun depan nak kahwin dah. Nanti lepas kahwin, boleh kongsi-kongsi pakai kereta. Bagus orang macam ni. Sebelum kahwin dah merancang siap-siap.

8. Biar orang nampak kita macam miskin. Manfaatnya, bila kawan-kawan pokai hujung bulan, mereka tak cari kita untuk berhutang. Sadis, yang pokai tu pakai kereta mahal, travel sakan tak ingat dunia.

9. Nak cari pasangan sejati yang tak kisah untuk mulakan hidup susah bersama. Bukan jenis pompuan yang letak hantaran RM20K. Bila kita ajak simpan duit kahwin sama-sama, tak nak pula dia.

10. Supaya kita dapat kenal siapa yang mulut puaka dan siapa yang terima kita sebagai kawan seadanya. Contohnya, boleh baca dialog dalam gambar di bawah. Haha! - thevocket


Post a Comment

 
Top