Alamak. Lipas kecil banyak dalam kereta. Anda ada masalah macam saya tak? Sebelum ini saya main spray racun serangga je, tapi bila fikir-fikir ... ishh bahaya pulak kalau gas tu jadi beracun kalau terperangkap dalam kereta.

Lagipun, saya susah nak nampak bangkai lipas lepas gunakan spray racun serangga untuk bunuh lipas dalam kereta.

Ada bermacam petua yang pernah saya cuba. Antaranya ialah dengan meletakkan daun pandan dan juga serai wangi. Tapi setakat ini, pendekatan ini kurang memberikan impak yang memuaskan hati.



Namun, saya tertarik dengan satu lagi cara untuk perangkap lipas dalam kereta. Cara ini nampaknya boleh memberikan kesan untuk menghapuskan lipas-lipas kecil dalam kereta. Saya terlihat petua dan cara ini di laman FB Sinar FM.


Bahan Diperlukan Dan Cara-Caranya ...


Caranya ialah dengan meletakkan satu bekas yang mengandungi minyak masak terpakai dan juga planta di bawah kereta seperti ditunjukkan pada gambar di bawah ini:


Bahan-bahan untuk perangkap lipas dalam kereta ialah:

1. Bekas plastik kosong

2. Minyak masak terpakai

3. Planta atau majerin

4. Boleh tambah susu pekat


Anda perlu membiarkan perangkap tersebut semalaman dalam kereta untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Dan kena ingat, jangan sampai terlupa pula akan perangkap ini. Bila dah pasang dan dibiarkan semalaman, keesokan paginya baik terus pergi tengok hasilnya. Bukan apa, takut anda terlupa ... nanti habis kereta berbau minyak masak terpakai dengan planta. ... hahaha.


Tak Berkesan?

Menerusi FB Sinar FM tersebut, ramai yang mengatakan bahawa cara ini kurang berkesan. Mungkin sebab kereta mereka itu memang tak ada serangga perosak ini ... Pun begitu, bagi diri saya .. tak cuba takkan tahu .. ye tak?

Takpe, saya abaikan sahaja komen yang ada di situ, kena eksperimen ni. Mungkin ada bahan detail yang tidak dinyatakan. :)

Untuk anda yang mungkin nak try cara ini, selamat mencuba. - hasrulhassan

Post a Comment

 
Top