MUFTI Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menjelaskan agama Islam tidak mengajar umatnya untuk membandingkan antara satu sama lain yang mana ianya jelas menolak amalan sistem kasta yang masih dipraktikkan secara tebal di negara India.

Sistem kasta dalam masyarakat India (Hindu) ini merujuk kepada sistem sosial yang mempunyai hierarki dalam masyarakat. Iaitu semakin tinggi kasta sesuatu masyarakat itu maka ia semakin layak dihormati oleh masyarakat yang berkasta lain.

Manakala buat kasta yang paling rendah pula harus dipandang hina sehingga kepada keturunan anak cucu mereka, bahkan dianggap sebagai sangat memalukan jika mengenali individu yang mempunyai kasta keturunan ini.


“Kasta di dalam masyarakat India (Hindu) ini, kalau kasta ‘paria’ lah merupakan kasta yang paling rendah.

“Sebagai contoh sekiranya cawan ini diminum oleh seseorang daripada kasta paria, maka cawan berkenaan tidak boleh diminum oleh kasta lain.

“Tidak setakat itu sahaja, rumah mereka tidak boleh dikunjungi dan masakan mereka pula dianggap sebagai najis.

“Satu-satunya agama yang melakukan diskriminasi manusia paling dasyat dan sistem ini kemudian dibawa oleh Inggeris ketika membawa buruh India ke Malaysia”
katanya menerusi rakaman video.

Asri berkata demikian sebagai mengaitkan dakwaan daripada Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy yang mengatakan kononnya masyarakat India di sini ditindas bak ‘kasta’ dan dipingirkan oleh kerajaan.

Walhal jika melihat secara jelas, masyarakat India hidup aman secara majmuk dengan pelbagai kaum lain, malah lebih aman berbanding masyarakat nenek moyang di negara India.

Oleh kerana itu, Asri mengkritik sistem amalan kasta yang masih dipraktikan di India kerana ia hanyalah diskriminasi sesama mereka sendiri dan juga menyebabkan kepada isu pepecahan masyarakat.

“Kehidupan rakyat berbangsa India yang dinikmati di sini adalah seribu kali lebih baik daripada di sana (negara India).

“Jadi apa yang dikatakan ditindas di Malaysia? Bahkan golongan India di sini dibenarkan membina kuil dan pernah suatu ketika sebuah kuil tanpa mendapat kebenaran telah dibina berhampiran dengan sebuah masjid.

“Maka setiap kali waktu solat mereka cuba bunyikan loceng, lalu timbulah sedikit isu yang mana golongan India sendiri yang memulakannya,”
katanya.

Menerusi rakaman juga, Dr Asri mempersoalkan isu demonstrasi dan rusuhan yang dilakukan oleh pertubuhan Hindraf di mana jika anda perhatikan, merekalah yang sebenarnya cuba mempraktikan kembali amalan ‘kasta’ dengan memainkan isu perkauman dalam perhimpunan haram pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Himpunan tersebut menjadi pemangkin kepada gelombang kuning yang dicetuskan oleh BERSIH pada PRU yang sama. Ini bukan sahaja memecah belahkan keharmonian yang telah dibina sejak merdeka, malah cuba memberikan provokasi perkauman yang nyata menggunakan sentimen palsu.

Kini Hindraf sekali lagi tidak puas hati pula apabila penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik berada di Malaysia yang mana dakwa mereka, Dr Zakir menghasut masyarakat Islam dengan menimbulkan kebencian terhadap masyarakat Hindu.

Apakah Hindraf sendiri lupa yang mana mereka sendirilah yang sebenarnya dalang kepada tercetusnya isu perkauman ini? - MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top