Bagi anda yang telah meningkat dewasa,matang dan mula merasakan kesepian dalam hidup, mungkin inilah tanda untuk anda mencari jodoh terbaik untuk menjadi pasangan hidup yang akan menemani anda sehingga akhir hayat. Berikut tip-tip yang anda boleh cuba untuk mencari jodoh terbaik buat diri anda.


AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Majoriti masyarakat kita menganggap agama dan kepercayaan sebagai salah satu prinsip utama paling penting dalam kehidupan seseorang individu, kebanyakannya mesti hendak mencari pasangan yang tinggi imannya serta berpengetahuan tentang agama, ianya salah satu point penting dalam mencari pasangan hidup, selain itu faktor keluarga yang kuat pendirian agama juga menjadi sebab sehingga pasangan yang tinggi agamanya lebih diterima dalam keluarga kedua pasangan


KEPERIBADIAN

Jodoh yang terbaik tidak hanya bergantung kepada paras rupa dan penampilan sahaja, sifat keperibadian juga mesti di titik beratkan agar hubungan anda tetap erat walaupun selepas masa berkahwin nanti, perhatikan keperibadian yang dimiliki pasangan anda, adakah dia memiliki sifat yang baik, jujur dan tidak hipokrit terhadap anda


GAYA HIDUP

Gaya hidup juga dapat mengelakkan sesuatu konflik terjadi selepas berkahwin nanti, sesuaikan gaya hidup anda dengan pasangan anda, bagitahu hal-hal berkenaan
diri anda, perhatikan gaya hidup pasangan anda sama ada bersesuaian atau tidak dengan anda. Contoh jika anda menyukai gaya hidup mewah dan glamor, mungkin pasangan yang sederhana tidak sesuai untuk anda.


PIKIRKAN DAN RASAKAN

Jika anda sudah menemui seseorang yang sesuai, cuba pikirkan dengan logik akal dan rasakan dengan hati, tanya hati anda sedalam-dalamnya apakah orang ini betul-betul calon yang sesuai untuk anda, jangan disebabkan emosi dan rasa cinta membutakan hati dan akal yang waras anda, kerana di pengakhiran anda akan derita kerana silap memilih pasangan yang sesuai.


PENDAPAT DAN NASIHAT ORANG TERDEKAT

Anda cuba untuk meminta pendapat dan nasihat dari orang terdekat dengan diri anda, seperti ibubapa, sahabat dan keluarga, kerana kadang-kadang mereka mungkin nampak apa yang anda tidak nampak mengenai pasangan anda.


BERDOA

Berdoa dan beribadatlah minta pada YANG ESA, kerana DIA MAHA MENGETAHUI, takdir hidup kita telah di tentukan oleh-NYA, minta petunjuk dari-NYA sama ada pasangan yang anda miliki sekarang sesuai atau tidak dengan diri anda, pasrah kepada-NYA dan lihat apa yang terjadi.


JADI YANG TERBAIK

Pernahkah anda mendengar ungkapan, orang yang baik untuk pasangan yang baik, begitulah sebaliknya. Supaya anda mendapat pasangan yang baik, maka anda jadilah yang terbaik, hilangkan tabiat atau perkara buruk pada diri anda dahulu, tanamkan dalam diri anda peribadi-peribadi yang lebih baik.

Mulai sekarang tanamkan sikap positif dalam diri anda, jodoh yang terbaik untuk anda
pasti akan muncul asalkan anda berani merubah diri ke arah yang lebih baik, jika
anda sudah memiliki pasangan yang mempunyai kriteria-kriteria tersebut jagalah
hubungan anda sebaik mungkin, janganlah anda pula bersikap curang, semoga tip ini memberi manfaat pada kita semua untuk mencari pasangan hidup yang sesuai dan secocok dengan diri kita, supaya kita menemuai kebahagian hingga ke jannah. - belogpermata

Post a Comment

 
Top