Lelaki biasanya akan memulakan langkah untuk memikat wanita. Tetapi jangan terkejut jika ada juga lelaki yang pemalu untuk memulakan langkah pertama. Bagaimana cara untuk memikat lelaki sebegini?


Bersikap ramah

Bagi lelaki yang pemalu, mereka gemarkan wanita yang boleh berkawan yang boleh berkongsi pelbagai cerita. Dari situlah mereka akan mencari persamaan anda berdua.


Bersikap kelakar

Pastikan personaliti anda mampu memikat hati si dia. Dengan usikan dan juga gelak tawa, ia mampu mengurangkan rasa malu si jejaka.


Beri pujian padanya

Siapa yang tidak sukakan pujian? Tidak salah jika anda memberikan pujian kepadanya untuk meningkatkan keyakinannya. Pujian adalah senjata untuk menambat hati lelaki!

Post a Comment

 
Top