Cuba menyelamatkannya, usaha menjaganya, namun dia pergi juga. Tubuh sekecil itu tidak kuat untuk meneruskan hidup. Penulis di The Paper Pegasus, Shayna dan suaminya cuba sedaya upaya untuk memelihara seekor anak kucing yang masih kecil, namun apakan daya, anak kucing sekecil itu tidak mampu hidup lama.


Kisahnya berlaku hampir setahun yang lalu, dimana ketika itu Shayna dan suaminya menerima sesuatu daripada jirannya. Pandang sekali imbas mereka ingat makhluk kecil itu adalah seekor tikus. Bila mereka amati betul-betul, mereka hampir tidak percaya ianya adalah anak kucing yang baru lahir!


Anak kucing tersebut kematian ibunya dan ia merupakan satu-satunya yang tinggal. Tiada yang lain. Jiran Shayna menyerahkan anak kucing itu kepadanya kerana mereka tahu yang Shayna amat suka pada haiwan, dan akan buat apa sahaja untuk memelihara anak kucing kecil yang malang itu.

Lantas dengan segera Shayna membawa anak kucing itu masuk ke dalam rumah untuk memastikan yang ia selamat dan tidak kesejukkan. Mereka memberinya nama Lilu.


Hari berganti hari, kemana sahaja Shayna dan suaminya pergi pasti mereka akan membawa Lilu. Termasuklah pergi bercuti musim panas.



Keluar makan aiskrim turut membawa Lilu, namun Lilu hanya tidur sepanjang masa.


Lilu di rumah bersama anjing-anjing peliharaan Shayna dan Brandon.

Dengan memberi botol setiap selang satu jam, dan beribu-ribu kali belaian terhadap Lilu, mereka sedar mereka sedang membina hubungan yang sangat rapat.


Selepas lebih kurang seminggu, tiada perubahan dan berat badan tidak bertambah, Shayna dan suaminya membawa Lilu berjumpa doktor veterina untuk memeriksa keadaannya.


Pada minggu kedua, badan Lilu masih tidak membesar namun ia dilihat bertambah kuat. Lebih energetic dan sudah mula belajar berjalan.


Shayna berharap Lilu akan berjaya mengharungi hidup dan terus membesar sihat seperti anak kucing yang lain, namun… pada suatu malam Shayna bangun untuk menyusukan Lilu, hatinya remuk apabila mendapati Lilu sudah tidak bernyawa. Anak kucing kesayangan mereka sudah tiada lagi. Lilu cuma sempat bersama mereka selama tiga minggu, namun kenangan mereka bersama Lilu akan diingati sampai bila-bila.

Pesanan dari Shayna buat pencinta kucing:


If Lilu’s story has touched you, please pass it along and help us raise awareness for rescue animals everywhere. If you want to help a very worthy cause, please “like”Villa Kitty on FB and support their efforts in saving abandoned animals like Lilu.

For every sad story like Lilu’s there’s many more with happy endings. What I’ve come to learn with rescue animals is that you can’t save them all but you can show them as much love as you can before they pass on.

Thanks for letting us share our story with you & enjoy your Cat-urday!


Sumber asal: Shayna & Brandon

Kredit: viralmetafora

Post a Comment

 
Top