Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain.

Gambar hiasan...

Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dan tertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.

Lentikkan bulu mata. Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan. Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.

Warna gincu tahan lama. Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat. Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya. Tip untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.

"Eyeliner" tidak mudah luntur. Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya. Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.

Peranan pengilat bibir. Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.

Sediakan kertas minyak dan tisu. Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda. Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.

Kredit: lulznew

Post a Comment

 
Top