Seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih zahir dan batin, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan dari sumber yang haram. Sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara yang akan mendorongnya ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam. Dia juga seorang lelaki yang taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana saja berada dan pada bila-bila masa.

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat diukur dan dilihat dari lahiriah semata-mata. Berkait rapat dengan aqidah dan keyakinan kepada Tuhannya. Tauhid adalah dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus dipeliharaoleh setiap mukmin. Sekiranya asas tauhidnya tidak betul dan sempurna, seluruh amalan yang dilakukannya sia-sia sahaja.


Ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan oleh al-Quran dan hadith ;

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul.

2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.

4. Ikhlas dalam beramal.

5. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

6. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran Allah S.W.T..

7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T. dan ancamanNya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata.

12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang atau sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf nahi mungkar.

15. Seorang pemaaf dan tenang dalam manghadapi kejahilan manusia, sentiasa mengingatkan antara saudara dan rawaduk kepada Allah S.W.T..

16. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.

17. Memberi kasih sayang kepada keluarga.

Post a Comment

 
Top