Perlu basuh telur ayam atau tidak? Persoalan ini sering bermain di minda para pengguna, betul tak?

Ada pendapat mengatakan jika telur tidak dibasuh, ia seolah-olah tidak bersih dijadikan makanan dan sebaliknya.

Sebenarnya, jawapannya terpulang kepada anda. Anda boleh sahaja membasuh telur ayam dan juga tidak. Namun, jika pentingkan kebersihan, sewajarnya ia dibasuh, namun ada SYARATNYA.

Boleh baca tips di bawah selanjutnya. Moga bermanfaat ya!


1. Jangan basuh telur ayam sehingga anda benar-benar ingin memasaknya. Ini kerana ketika anda membasuh telur tersebut, lapisan yang melindungi udara dan bakteria akan turut hilang.

2. Telur ayam yang tidak dibasuh boleh kekal segar selama 2 minggu tanpa disimpan dalam peti sejuk.

3. Telur ayam kekal segar selama 3 bulan dan lebih di dalam peti sejuk jika ia tidak dibasuh.

4. Jika anda masih ingin membasuh telur ayam yang dibeli kerana ada kotoran, guna air suam dan perlu dimasak dalam masa terdekat. (tak boleh simpan lama).


5. Telur ayam yang dibasuh, jika disimpan dalam peti sejuk ia akan bertahan selama 2 bulan namun memiliki rasa yang kurang segar berbanding telur yang tidak dibasuh dalam tempoh yang sama.

6. Kesimpulannya, anda digalakkan membasuh telur ayam sejurus sebelum memasaknya. Jika tidak, elok simpan tanpa ia dibasuh agar lebih segar dan tahan lama. Terjawab ya persoalan?

Post a Comment

 
Top