Presiden AS Donald Trump (kiri) bersama Canselor Jerman Angela Merkel (kanan) di White House, Washington.

WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertemu Canselor Jerman, Angela Merkel di White House.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan isu berhubung NATO, kaedah memerangi militan Daish dan menyelesaikan konflik di Ukraine.

Ketika bergambar pada sidang media, petugas media agak janggal kerana Trump dan Merkel tidak bersalaman biarpun diminta jurugambar.


Selepas Merkel bertanya kepada Trump adakah dia mahu bersalam, Trump tidak memberi sebarang respon.

Bagaimanapun, kedua-duanya memaklumkan wartawan bahawa banyak isu yang dibincangkan dan akan bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk ekonomi.

Merkel sepatutnya tiba di White House sehari lebih awal tetapi jadual penerbangannya terpaksa ditunda kerana cuaca buruk di Washington. - astroawani

Post a Comment

 
Top