Buat pemandu kenderaan, perasan tak bila kita bagi signal ketika menukar lorong atau ketika masuk simpang, akan ada bunyi 'klik' yang berulang?


Dari mana entah datang bunyi tu, tapi bunyi signal tersebut sudah sebati dengan kita semua dan kita pun seakan tidak endah dari mana dan kenapa ia berbunyi.

Menurut kumpulan penyelidik daripada Jalopnik, terdapat 2 jenis bunyi signal yang berbeza mengikut pada jenis kenderaan dan standard kenderaan tersebut.

Jenis bunyi pertama adalah disebabkan kepingan spring dwi-logam yang bergetar, menyebabkan bunyi tersebut terhasil. Manakala jenis bunyi kedua adalah disebabkan litar cip elektronik yang mengawal arus, menyebabkan bunyi signal terhasil selepas pengguna memberikan isyarat.




Jenis bunyi pertama biasanya ada pada kenderaan lama, manakala bunyi kedua pada kenderaan-kenderaan baru. - era

Post a Comment

 
Top