Demikianlah kritikan netizen berhubung pemakaian Pengacara dan pelakon, Neelofa di Sidang Media Anugerah Meletop Era 2017, semalam.


Laman rasmi ERA fm, semalam berkongsi sebuah gambar memaparkan Nabil dan Neelofa di samping Johan yang bakal bergandingan dengan pasangan terbabit pada anugerah berkenaan.

Bagaimanapun, gambar berkenaan dikecam hebat apabila ramai kurang senang dengan penampilan Neelofa yang didakwa memakai seluar ketat dan tidak sesuai dengan imejnya bertudung dan bergelar Hajjah.

Bukan itu sahaja, baju dan tudung dikenakan pelakon itu juga dilihat terlalu singkat dan tidak enak mata memandang.







Adakah tudung Lofa juga akan terbang seperti kebanyakan artis hari ini? Apapun semoga Neelofa sedar akan kesalahannya dan berubah ke jalan yang benar.

Post a Comment

 
Top