KEJAM. Meskipun masih kecil, namun kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ini telah dijadikan alat oleh kumpulan pengganas Daesh untuk menyerang anggota tentera di wilayah bergolak di Mosul, Iraq.

Nasib baik kanak-kanak lelaki itu berjaya diselamatkan dan bahan letupan yang diikat dibadannya telah dimatikan.

Jika tidak sudah tentu nyawanya melayang.Kanak-kanak itu dikenali sebagai Uday dan dia memberitahu bahawa seorang `Amo’ atau pakcik telah menghantarnya ke kawasan yang dipenuhi dengan anggota tentera.

Uday dipercayai pengebom bunuh diri paling muda, yang pernah digunakan oleh pengganas Daesh.

Video mengenainya telah dirakamkan dan disiarkan dalam LiveLeak.

Uday ditemui ketika tentera Iraq cuba membawa penduduk awam keluar dari Mosul. Sehingga kini dianggarkan terdapat kira-kira 600,000 penduduk masih terperangkap di barat Mosul. – MYNEWSHUB


Post a Comment

 
Top