Korang jangan ingat kawan dan kawan baik tu adalah sama tau! Of cos tak sama walaupun bunyinya macam sama.

Kawan, kat mana-mana pun boleh cari, tapi kawan baik hanya hadir sekali dan kekal walaupun macam mana buruk pun perangai kita. Tapi dia sanggup stay.

Mungkin korang tak perasan, tapi cuba perhatikan perangai kawan baik korang ada tak gayanya macam si Spongebob dan Patrick ni?



Nah cuba tengok 6 situasi ni, apa respon korang? Agak-agak korang kawan biasa atau kawan baik?


1. BILA KAWAN JATUH

Kawan Biasa: Oh! Kesian awak. Mari saya tolong.
Kawan Baik: HAHAHAHAHAHA! Macam nangka busukkk weh. Tahun depan jelah aku tolong kau.


2. BILA KAWAN MINTAK MAKANAN

Kawan Biasa: Amik lah makanan ni, kita kongsi.
Kawan Baik: Nak ke? Nahhhh kaki.


3. BILA TIDUR

Kawan Biasa: Eh! Biar dia tidur lah. 
Kawab Baik: Weh… air liur dia meleleh. Cepat ambik gambar, upload kat FB.


4. BILA MINTAK HUTANG

Kawan Biasa: Esok saya bayar hutang awak tadi ya.
Kawan Baik: Woi kumpul dalam buku tiga lima dulu. Hujung-hujung aku bayar.


5. BILA DALAM KELAS

Kawan Biasa: Saya pinjam pen awak ya…
Kawan Baik: Weh! Pen kau consider pen aku jugak. Bak sini aku nak guna!


6. BILA KAWAN KESUSAHAN

Kawan Biasa: Awak takpe apa-apa ke? Awak perlukan bantuan saya?
Kawan Baik: Kau kat mana bro! Siapa buat? Bagitahu aku sekarang biar aku ajarrrr. Aku pantang orang sentuh kawan aku!


Kawan baik biasa hati saling kental, tak mudah koyak. Perangai annoying tapi semangat setia kawan kaw-kaw beb. Tak kisah lah perangai korang berbeza macam langit dan bumi, tapi kalau dah katanya kawan baik, semua pun ngam. - ohmedia

Post a Comment

 
Top