Terletak di California, Taman Nasional Yosemite, Amerika Syarikat memiliki satu fenomena alam yang sangat unik dan lain dari yang lain.

Pernahkah anda melihat air terjun api? Jika kebiasaanya warna air terjun adalah putih jernih, sebaliknya di Horsetail Falls airnya berwarna oren kemerah-merahan seakan-akan lava gunung berapi.


Dipetik dari Daily Mail, fenomena air terjun api tersebut dapat dilihat sepanjang bulan Februari setiap tahun.

"Kali ini air terjunnya lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya. Jarang terjadi seperti ini, ini kerana hujan dan salji yang turun lebat," kata jurucakap Taman Nasional Yosemite, Scott Gediman.


Air terjun api ini sebenarnya bukanlah betul-betul api, ia terjadi ketika waktu senja apabila cahaya matahari menyinari aliran air terjun itu. Kesan dari pantulan cahaya matahari itu menjadikan warna air terjun berwarna merah dan oren. Oleh kerana ia kelihatan seperti api, maka air terjun ini mendapat jolokan air terjun api.

Tempat untuk melihat air terjun api ini adalah di El Capitan iaitu sebuah taman yang menghadap Horsetail Falls. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada Februari lalu El Capitan turut dibanjiri pengunjung dari pelbagai negara untuk menyaksikan sendiri fenomena aneh ini. 

Jom kita lihat lagi gambar-gambar keindahan air terjun api yang sungguh memukau pandangan.







Cantik kan? Tak dapat pergi tengok gambar pun jadilah.

Post a Comment

 
Top