Dari jauh dah nampak timbunan baju di satu sudut rumah, dalam hati sempat juga terlintas "kalau aku tambah sikit lagi ni, masih kukuh dan tak jatuh" merujuk kepada timbunan baju tersebut. Kita akan buat action bila timbunan baju tersebut jatuh menyembah bumi barulah kita akan mula lipat timbunan baju tersebut. hehe

MALAS LIPAT BAJU!


Salah satu sebab orang malas lipat baju adalah kain baju tersebut macam tak berkurang dari mula lipat. Tambah-tambah bila ada anak kecil, kita lipat dia sepahkan balik. Itu antara sebab kenapa suri rumah malas lipat kain.

Bagaimana nak atasi malas lipat baju?


Penulis yakin, tips yang penulis kongsikan ini kalau korang baca tapi tak buat pun. Hehe sebab perasaan malas yang membuak-buak dalam diri sentiasa menjadi juara. Hehe tapi aku nak kongsikan juga dengan korang.

1. Hadkan pakaian Mingguan Anda.


Boleh di katakan, kita pakai baju dengan banyak sepanjang minggu. Baju kerja dah 5 pasang, di rumah lagi, keluar berjalan lagi.Jadi kalau basuh mesti akan menyebabkan korang malas nak lipat. Tambah lagi dengan baju suami dan anak-anak .

Jadi, apa kata kurangkan pakaian yang di gunakan sepanjang minggu. Selain dapat mengurangkan baju yang di lipat, korang juga dapat motivasi untuk melipat baju hehe...

2. Jangan bertangguh.


Sikap kita suka bertangguh menyebabkan kita mengumpul segala baju yang kita basuh sehinggakan jadi banyak dan bertimbun. Lepas basuh, terus sidai dan kemudiannya lipat . selesai.

3. Layan Korea.


Haaa, ini antara benda yang kadang-kadang aku buat. sambil layan drama korea atau runningman dan sebagainya, korang boleh lipat baju masa tu. Jimatkan masa dan korang pun terhibur. Bayangkan tengok kwangsoo dan kim jong kook dalam runningman sambil lipat baju, mesti tak perasan korang dah siap lipat semua baju-baju tu.

4. Ajak anak-anak lipat sekali.


Mungkin ramai yang tak cuba cara lipat baju macam ini. KKorang MESTI cuba ajak anak-anak anda yang sudah besar sikit dan pandai untuk sama-sama lipat baju. Janganlah ajak anak yang baru 2 tahun tu. Nanti bertambah stress korang lak hehe

5. Bagi satu bakul dekat suami.


Jangan biarkan suami anda berehat hahaha.. Kalau dah menjadi timbunan baju yang tinggi tu, maka tolong rekrut khidmat suami sekali untuk sama-sama lipat baju. Bagi tau suami, ini sebab nak elakkan baju yang asalnya timbunan menjadi banjaran titiwangsa pula hehe..

6. Masa Kosong.


Ada orang mencari masa kosong untuk melipat kain ini antara satu perkara yang boleh mengelakkan korang jadi malas lipat kain. Jangan jadikan tugas lipat kain sebagai satu task yang korang kena selesai on the spot, sebaliknya apabila kerja anda yang lain selesai, barulah anda lipat kain. Ini permainan psychology namanya.

Tapi ...

Kerja yang lain tu tak pernah habis.. 


hahaha

7. Asingkan Pakaian anda mengikut saiz.


Selalunya, cadar dan selimut lebih mudah di lipat berbanding pakaian yang bersaiz kecil 
betul tak. Lepas lipat cadar ja, rasa lega yang teramat. hehe jadi mulakan dengan saiz yang besar kemudian kecil.

Korang nak tahu sebab apa ?

Saiz pakaian yang besar menyebabkan anda ambil masa yang lama berbanding pakaian yang kecil, bila korang dah fokus kepada baju yang besar pada awal-awal lipat baju, masa korang dapat di jimatkan pada pakaian yang kecil.


8. Waktu Lipat.

Ramai yang suka lipat baju pada waktu malam bersama keluarga. Korang pun pilih lah waktu malam untuk lipat baju sebabnya masa ni korang tengah rileks dengan family korang lepas makan malam. Masa inilah peluang untuk ajak family anda buat point yang ke 4 dan 5.

9. Rajinkanlah Diri anda.


Haha aku pun tak tahu nak sambung tips no 9 ini macam mana melainkan kita merajinkan diri kita sendiri. Aku pun tiap-tiap hari lipat baju, malas dia memang teramat. Tapi terpaksa rajinkan sebab sampai bila pun baju tu tak akan terlipat sendiri .

Lipat baju merupakan antara aktiviti keluarga yang bagus untuk di lakukan bersama. Tetapi tak ramai yang akan join korang, percayalah cakap aku. Melainkan didikan korang terhadap family korang berjaya memujuk mereka membantu korang . hehe - kataubaid

Post a Comment

 
Top