Kadangkala tanpa sedar kita boleh marah anak depan orang ramai terutama bila mereka buat perangai yang sangat memalukan.

Tindakan spontan tersebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya jangan mengulangi lagi kesalahant tersebut. Selalunya lepas marahkan anak barulah kita menyesal dan rasa bersalah.

Kita pun berjanji kepada diri sendiri tak akan buat lagi perkara tersebut. Tetapi selalunya bila situasi di luar kawalan kita ulangi lagi perbuatan marahkan anak depan orang ramai.

Wahai ibu ayah, janganlah asyik memarahi anak di depan orang ramai. Kita memang rasa anak masih kecil dan tak faham apa-apa tetapi hakikatnya ia boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan anak.


1. Anak yang selalu dimarah dan ditengking oleh ibu bapanya di hadapan orang akan mengalami trauma yang berpanjangan sejak kecil hingga dewasa.


2. Takut bersosial. Oleh kerana sentiasa takut akan melakukan kesalahan dan dimarahi oleh ibu bapa maka anak sukar untuk bersosial atau bercampur gaul dengan orang luar yang baru dikenali.


3. Kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri kerana perasaan tidak percaya diri telah terbentuk sejak kecil.


4. Bersikap ego. Akibat selalu dimarah di depan orang, anak akan membesar sebagai seorang individu yang ego dan bersikap individualis serta tidak prihatin terhadap orang lain di sekelilingnya.


5. Keras kepala dan suka memberontak. Oleh kerana tidak dapat melawan apa yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya, maka anak ini akan menjadi manusia yang keras kepala dan suka memberontak.


Tanpa disedari, kita sendiri yang mencorakkan peribadi dan karektor anak menjadi seorang yang penuh sikap negatif. Belajarlah kawal kemarahan kita terhadap anak. Mereka memang selalu buat kesalahan tetapi bukankan akal mereka masih belum matang?

Anak adalah amanah yang mesti dididik dengan baik dan bukan tempat melampiaskan kemarahan sesuka hati bila-bila masa. - edisiviral

Post a Comment

 
Top