10 Perkara Paling Best Bila Kahwin Muda..



BAGI yang memilih untuk berkahwin pada usia muda, ada antaranya terpaksa menerima tentangan atas alasan faktor usia yang dikatakan belum matang dan belum bersedia untuk menjadi suami/isteri.

Begitu pun, terdapat juga sisi positif sekiranya berkahwin pada usia muda.

Di bawah, kami senaraikan antara perkara manis yang mungkin dikecapi sekiranya anda dan pasangan tidak membuang masa bertahun-tahun lamanya sebelum diikat secara sah di sisi agama.

1: Anda akan berkongsi hidup dengan seseorang yang kenal dan tetap menyayangi anda, di saat anda masih belajar tentang hidup dan dalam proses menjadi matang.

2: Ada ‘kick’ yang lain daripada dating biasa. Sebab anda berdua tahu, penyatuan ikatan bukan sahaja kerana cinta tapi untuk sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersamanya. Tapi memandangkan anda bersama pasangan yang dicintai dan mencintai, semua benda jadi lebih seronok dan mudah.

3: Bila rasa sedih atau down anda seperti ada penyorak sendiri yang berteriak, “Seperti Malaysia, baby pun boleh!” “Sayang dongibap!”, “You are still the best!” atau “Abang, shine bright like a diamond!*”

4: Keluarga tidak akan asyik mahu carikan jodoh untuk anda. Sebab dah kahwin dah pun.

5: Anda berdua dapat belajar tentang perkara-perkara penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan, bersama-sama.

6: Penat macam mana pun (lebih-lebih lagi baru mahu meningkat naik dalam karier), bila balik nanti dah tau ada pasangan di rumah.

7: Masa kawan-kawan sibuk bercerita tentang masalah hubungan dengan kekasih atau orang yang baru hendak dikenal, anda rasa bersyukur sebab dah melepasi fasa itu.

8: Ada seseorang yang selalu mengingatkan bahawa anda disayangi.

9: Anda dan pasangan dapat menghadapi cabaran hidup bersama-sama dan mengajar satu sama lain.

10: Dapat bersama kawan baik, buah hati, ‘partner in crime’ – semua dalam satu.


0 Response to "10 Perkara Paling Best Bila Kahwin Muda.."

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2