HEROIN drama bersiri Dia Semanis Honey, Siti Nordiana atau Nana menerusi laman Instagram peribadinya berkongsi satu video yang dimuat naik oleh@effaafifah melalui laman sosial miliknya.

Menerusi video yang dirakamkan di salah sebuah lapangan terbang di Turki itu memaparkan seorang wanita warga Turki leka menyanyikan lagu popularnya ketika bersama arwah Achik Spin iaitu Memori Berkasih.

Wanita Turki yang tidak didedahkan namanya itu merupakan seorang pemandu pelancong malahan berjaya menyanyikan bahagian korus lagu tersebut dengan lancar dan tiada kesalahan.


Beberapa warga Malaysia yang menyaksikan ‘persembahan’ spontan itu turut memberikan tepukan gemuruh kepada wanita tersebut.

Video yang dikongsi itu berjaya memperolehi ribuan tanda likes daripada pengikut Siti Nordiana.

Perkembangan terbaharu Nana, menerusi portal hiburan tempatan memberitahu bahawa penyanyi ini ada merakamkan sebuah single di luar negara, namun tidak dinyatakan pula negara mana.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkhabaran dari empunya badan tentang single terbaharunya itu serta lokasi yang dikunjunginya. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top