Mengisi minyak kereta kebal serta berjalan-jalan di sekitar bandar bukan satu perkara yang luar biasa di England.

LONDON - BRITAIN.
Sudah menjadi kebiasaan membawa kereta ke pam minyak apabila kenderaan kehabisan petrol.

Namun begitu, ia menjadi sesuatu yang luar biasa apabila membawa kereta kebal untuk mengisi petrol ke dalam kenderaan itu.

Satu video menunjukkan beberapa orang lelaki yang memandu kereta kebal jenis CVR (T) Scorpion Lightdi bandar Kettering di tengah-tengah negeri itu.


Saat tiba di stesen minyak, mereka membuat keputusan untuk mengisi penuh tangki dengan kos $625 (RM2,765.95).

Bagaimanapun, video tersebut telah dimuat naik di Laman Youtube, TankNutDave pada tahun 2015 namun ia kembali menjadi viral sekali lagi minggu ini. - sinarharian

Post a Comment

 
Top