Gambar hiasan

KETIKA
keadaan ekonomi berada dalam kedudukan tidak menentu, adalah diramalkan lebih kurang 40,000 pekerja bakal kehilangan kerja, terutama dalam bidang kewangan, insurans dan pembinaan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan ketika memberitahu, China Press tahun lalu, bank dan institusi kewangan sudah mulai menamatkan perkhidmatan ramai pekerja mereka, dan dijangkakan jumlah pekerja yang terlibat dalam pemberhentian terus meningkat, sama ada kakitangan biasa ataupun berpangkat pegawai.

"Satu lagi punca bank dan institusi kewangan tidak memerlukan ramai pekerja mempunyai kaitan dengan kemajuan teknologi. Sebagai contoh dalam bidang jualan insurans, ramai pengguna kini lebih selesa membeli insurans melalui online kerana dapat menikmati potongan 10 peratus.

"Difahamkan, penjualan melalui online ini menerima sambutan menggalakkan dan tidak memerlukan ejen insurans lagi," katanya.

Menurut Shamsuddin, ekonomi yang merudum turut menyebabkan jualan rumah merosot dan ini mendorong sektor pembinaan bakal mengalami kerugian yang banyak.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, syarikat-syarikat pemaju tidak mampu menjalankan projek dan pekerja yang terbabit dalam sektor perumahan turut terjejas," katanya. - sinarharian

Post a Comment

 
Top