TAHUKAH anda, lukisan yang sangat `simple’ dengan dua warna ini berjaya dijual pada harga RM200 juta? Tentu mengejutkan, tetapi itulah nilai lukisan hasil karya Mark Rothko ini.

Lukisan dengan tajuk “Untitled, (Yellow and Blue),” dengan ukuran 8 kaki x 6.1 kaki ini disiapkan pada 1954 dan dijual pada satu majlis lelong di New York pada tahun 2015.

Ia pernah dimiliki oleh Rachel “Bunny” Mellon. Pelukisnya, Rothko merupakan salah seorang artis yang paling berjaya dan terkenal di Amerika Syarikat namun dia mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri pada 1970.

Sebelum kematiannya, Rothko dan penasihat kewangannya, Bernard Reis telah menubuhkan sebuah yayasan bertujuan untuk membiayai penyelidikan dan pembelajaran.

Disebabkan Rothko terkenal dan menjadi inspirasi serta diminati ramai, maka tidak mengejutkan apabila hasil karyanya dapat dijual pada harga yang tinggi.

Malah pakar percaya lukisan Rothko akan menjadi lebih bernilai pada masa depan. Namun ramai juga yang percaya ia tidak masuk akal kerana dijual pada harga berkenaan. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top