"Saya juga mendengar bacaan al-Quran di telefon bimbit saya. Saya mempunyai aplikasinya." - Lindsay Lohan

Baru-baru ini, selebriti popular Hollywood, Lindsay Lohan tampil bercakap mengenai Islam dalam satu temu bual oleh sebuah rancangan popular di Kuwait iaitu Swar Shoib.



Dalam temubual tersebut, pelakon yang terkenal dengan filem Mean Girls itu memberitahu dia tidak berniat untuk mencari publisiti ketika dirakam memegang al-Quran di New York pada tahun 2015 lalu.

"Saya hanya memegang buku agama, namun masyarakat Amerika tidak menyukakannya. Mereka menilai saya kerana itu dan berkata perkara-perkara tidak baik. Al-Quran satu ketenangan dan satu perkara selamat yang saya ada," katanya kepada pengacara rancangan itu Shoain Rashid.

Dalam temubual itu juga, Lohan menjelaskan bagaimana dia pernah solat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Dia pernah berpuasa selama tiga hari dan ia agak sukar buatnya tetapi menyeronokkan.

Katanya lagi, dia turut membaca 15 muka surat terjemahan al-Quran dan turut berlatih menulis beberapa ayat dalam bahasa Arab.



"Saya juga mendengar bacaan al-Quran di telefon bimbit saya. Saya mempunyai aplikasinya," tambahnya lagi.

Apabila ditanya mengenai perasaannya ketika membaca al-Quran, Lohan berkata, dia berasa sangat tenang.

Bagaimanapun, sehingga kini Lohan tidak mengesahkan mahupun menafikan sama ada dia sudah memeluk Islam atau pun tidak.

Jika anda follow selebriti ini di Instagram, anda akan perasan yang dia telah memadamkan kesemua gambar-gambarnya di Instagram



Namun minggu lalu, Lohan telah memuat naik sekeping gambar lawatannya di Turki. Sejak dari itu, satu persatu gambarnya di sana telah dimuat naik. Sehingga hari ini, terdapat hanya 5 keping gambar yang dimuat naik olehnya yang mana kesemuanya berkisar mengenai kehidupan ‘baharunya’.

Malah, dia juga meletakkan kalimah "Alaikum salam ✋" di dalam biografi Instagram miliknya.

Sebelum ini, dia juga ada berkongsi sekeping gambar di Instagram berserta caption sepotong hadis berbunyi:

“Apakah tindakan yang paling baik? Untuk menggembirakan hati manusia, untuk memberi makan yang lapar, untuk membantu yang tertindas, untuk meringankan kesedihan yang sedih, dan untuk menghapuskan penderitaan yang cedera. "(Bukhari).



Gambar tersebut menggambarkan Lohan diundang menjadi tetamu untuk sebuah program Islamik di Kuwait

Dan sebaik sahaja gambar tersebut dimuat naik, akaun miliknya terus dihujani komen-komen yang kebanyakannya mendoakan agar dia terus diberi hidayah. Dan terdapat beberapa komen daripada rakyat Malaysia yang turut mendoakannya.



Tonton video program bual bicara tersebut di bawah:




Kredit: says

Post a Comment

 
Top